Version HistoryVersion History

Title

Metodologi Abdul Hadi Awang Dalam Mentafsirkan  Ayat-ayat  Hukum, Tumpuan Kepada Surah al-Baqarah

No Matrik

A126153

Nama Pelajar

Nurul Adiya binti Mohd Nazlan

Status Pelajar

Sepenuh Masa

Sesi

2010/2011

Lokasi

JAQ/2010/2011-10

Tarikh Terima

25/05/2011

Abstrak

Tafsir ayat-ayat hukum atau tafsir fiqhi merupakan salah satu pendekatan dalam mentafsirkan al-Qur’an. Para pentafsir menggunakan manhaj yang pelbagai ketika mentafsirkan ayat-ayat hukum. Mereka yang memiliki kepakaran dalam bidang fiqh akan mentafsirkan ayat-ayat hukum dengan panjang lebar berbanding ayat-ayat yang lain, di samping membincangkan permasalahan dan perbezaan pendapat fuqaha’ tentang sesuatu hukum. Manhaj ini mewarnai kebanyakan kitab-kitab tafsir turath, malah turut menempias sebahagian kitab-kitab tafsir moden. Kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti manhaj yang sahih dalam tafsir fiqhi dan menganalisis metodologi yang digunakan oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam mentafsirkan ayat-ayat hukum serta mengetengahkan ketokohan beliau dalam tafsir al-Qur’an. Kajian ini berbentuk kajian perpustakaan dengan menggunakan reka bentuk analisis dokumen. Dokumen yang dirujuk ialah buku ‘Kuliyyah Tuan Guru Abdul Hadi Awang Tafsir Surah al-Baqarah Siri 1 hingga 6’ dan dengan menggunakan surah al-Baqarah sebagai sampel kajian. Kajian ini mendapati Haji Abdul Hadi Awang membahaskan ayat-ayat hukum secara ringkas. Beliau menggunakan kaedah pentafsiran tafsir bi al-ma’thur, dan menjelaskan pandangan dan pendapat ulama atau imam-imam mazhab fiqh secara ringkas. Kajian ini akan menjadi bahan kepada pelajar atau sesiapa sahaja yang ingin mengetahui sumbangan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam tafsir al-Qur’an, khususnya manhaj beliau dalam mentafsirkan ayat-ayat hukum.

Jabatan

Jabatan Al-Quran dan Sunnah

Nama Penyelia

Puan Haziyah Hussin

Attachments

Content Type: Item
Version: 2.0
Created at 11/10/2011 11:21 by K007506
Last modified at 24/02/2022 9:38 by K015466