SYARAT AM :
-
Permohonan ini mestilah dikemukakan ke Jabatan Pembangunan Prasarana tujuh (7) hari bekerja sebelum tarikh majlis.
-
Permohonan lewat dari 7 hari tidak akan dipertimbangkan. Sekiranya pemohon masih memerlukan peralatan, pemohon boleh mendapatkan bekalan/sewaan peralatan mengikut prosedur perolehan UKM.
- Permohonan daripada Persatuan Pelajar perlu mendapatkan kelulusan Pengurusan Pusat Tanggungjawab (PTJ)
- Pemohon perlu mendapatkan kelulusan dari ketua Pusat Tanggungjawab (PTJ) sebelum borang dihantar ke Pejabat Jabatan Pembangunan Prasarana UKM. Borang yang tidak mendapat kelulusan PTJ akan ditolak.
- Jika terdapat sebarang pindaan, mohon kerjasama pemohon untuk mengisi semula borang permohonan peralatan majlis.
- Pihak Jabatan Pembangunan Prasarana memberikan perkhidmatan membekal, menghantar dan menyediakan peralatan majlis ke lokasi majlis sahaja. Pihak penganjur bertanggungjawab ke atas susunan peralatan tersebut mengikut kehendak dan perancangan pihak penganjur sendiri kecuali bagi persiapan peperiksaan dan majlis rasmi UKM. Pihak penganjur juga perlu menyediakan sendiri kakitangan untuk menyusun peralatan tersebut kecuali persiapan peperiksaan yang akan disusun oleh pihak Jabatan Pembangunan Prasarana.
- Bagi kerja persiapan majlis rasmi & peperiksaan, penganjur/pemohon diminta menyediakan pelan susun atur kerusi, meja dan pentas dan perlu dilampirkan bersama semasa penghantaran borang permohonan ini dibuat.
- Sebarang kos kerosakan atau kehilangan peralatan perlu ditanggung oleh pemohon.
- Pembatalan atau penundaan majlis perlu dimaklumkan kepada Penyelaras selewat-lewatnya dalam masa 3 hari bekerja. Pemohon yang gagal berbuat demikian akan dikenakan tindakan penalti kepada PTJ yang meluluskan permohonan tersebut.
- Semua peralatan kemudahan majlis hanya dibekalkan di kampus UKM Bangi sahaja.
- Bagi program yang melibatkan aktiviti penjanaan, pihak JPP tidak akan memproses permohonan tersebut. Pemohon boleh mendapatkan bekalan/sewaan peralatan mengikut prosedur perolehan universiti.
- Permohonan daripada PTJ akan dikenakan caj antara jabatan. Sila nyatakan No. Vot Peruntukan pada Bahagian G.
- Untuk mendapatkan status permohonan dan keterangan lanjut, sila hubungi :
Penyelaras Jabatan Pembangunan Prasarana Kampus Bangi |
Unit Awam |
03-8921 4822 / 017-361 1239 (En. Azfar) |
Unit Elektrik |
03-8921 5078 / 017-872 6758 (En. Asnan) |
Unit Landskap |
Hiasan Upacara |
03 8921 5029 / 013-679 3420 (En. Murtadha) |
Tong Sampah |
03-8921 5029/ 012-248 5939 (En. Shahril) |
Penyelaras Jabatan Pembangunan Prasarana Kampus KKL |
Kampus KL |
03-9289 7342 / 013-932 6743 (Arizam) |
Manual Tempahan Peralatan Majlis
Borang Tempahan Peralatan Majlis
|
|