Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Portal Ilmiah e-MIND

:

Latihan Ilmiah: Teori Kitaran Tamadun Menurut Ibnu Khaldun

Judul Latihan Ilmiah

Teori Kitaran Tamadun Menurut Ibnu Khaldun

No Matrik

A 121211

Nama Pelajar

SAYIDATUL SYARIFAH BINTI YAHAYA

Status Pelajar

Sepenuh Masa

Jabatan

Jabatan Usuluddin dan Falsafah

Nama Penyelia

Wan Fariza Alyati Wan Zakaria (Dr.)

Sesi

2009/2010

Lokasi

JUF/2009-2010/37

Tarikh Terima

13/05/2010

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk memahami secara mendalam teori kitaran pembangunan tamadun Ibnu Khaldun dengan meneliti karya agungnya Muqaddimah atau tajuk penuhnya al-Ibar wa Diwan al-Mubtada' wa al-khabar fi Ayyam al-'Arab wa al-Ajam wa al-Barbar wa man Asharahum min Dawla al-Sultan al-Akbar. Objektif kajian ini ialah untuk mengkaji secara menyeluruh teori kitaran pembangunan tamadun Ibnu Khaldun, mengenalpasti faktor-faktor penyumbang kepada kebangkitan dan kejatuhansesebuah tamadun itu, serta mengkaji sejauh mana teori tersebut diaplikasikan dalam masa kini. Kajian ini menggunakan metode perpustakaan iaitu dengan meneliti data dari sumber primernya, buku Muqaddimah dan sumber-sumber sekunder yang berkaitan dengan tajuk. Manakala kaedah analisis data yang digunakan ialah kualitatif dengan pendekatan induktif yang mana kesimpulan dibuat bagi menjawab persoalan-persoalan kajian dan seterusnya membawa kepada mencapai objektif-objektif kajian. Hasil kajian mendapati bahawa wujudnya faktor-faktor yang mempengaruhi tamadun dalam tempoh tiga generasi iaitu generasi mendirikan, meningkatkan dan menjatuhkan tamadun. Faktor-faktor penyumbang kepada kebangkitan dan kejatuhan tamadun ialah terangkum dalam aspek politik, ekonomi, sosial dan pendidikan. Faktor asabiyyah menjadi tenaga penggerak kitaran iaitu kerana semakin kuat asabiyyah akan menyebabkan tamadun yang dibina untuk menuju kehancuran. Selain asabiyyah, Ibnu Khaldun juga menekankan faktor agama sebagai penentu kelangsungan sesuatu tamadun. Kajian ini dapati teori Ibnu Khaldun memberi sumbangan kepada pembangunan tamadun. Disebabkan pemikirannya yang bersifat universal dan mendahului zamannya, maka teori kitaran pembangunan tamadunnya masih relevan pada hari ini untuk membuat pembaharuan-pembaharuan bagi mencapai tamadun yang tinggi dan mempertahankannya dari kejatuhan.

Attachments

Created at 05/12/2011 22:03 by K004528
Last modified at 11/01/2012 15:53 by K008254